Thursday 26 May 2011

Berita Gembira

Mendapat berita gembira seperti ini, pasti tidak saba untuk beritahu orang sekeliling. Aku pun macam itu juga. Tapi takut nak bagitau dulu sebab baby masih kecik. Tak nak excited sangat. Tapi yang pasti family aku, hubby dan student practical ku sudah tahu serta beberapa kawan hubby. Nak tau reaksi mereka.hahhahaa

Family Hubby :
Mak : yeke? bagus lah..tahniah..( pastu senyummmm)
Pekerja Mak : emm, xtau jugak sebab takut tu uri die ke, tu yang nampak ada dua ketul.
Abah : yeke? betul eh..yeke? (byk kali yeke nya..hahhaha)
Angah : tahniah..xpenah lagi keturunan ada twin ni..jaga elok2.
Along : wah, best2.. Rezeki ko dapat kembar.

Family Saya :
KakG : haaaaa (mata terbeliak) ko bia betul..bestnya..bagi aku satu.. betul ke ni? best nyer ko dik.. kalau pompuan aku nak satu..
KakU : (yg bgtau anak buah aku ayit) "Mama, dlm perut mommy ada kembar" ..Yelah tu, percaya sgt lah mommy tu. minta die bukti..(Aku pun cakap yelah, xbesar lagi xde bukti) haaaa, abes lah kena sediakan duit belanja byk2 confirm operate.. kalau gurl bg i satu.
Ayah : haaa, woow! dik yg dapat kembar..
Mak Tiri : wah, best lah, bagi makcik satu. nak jaga.. dik win satu, makcik satu..hahahhaa
Ibu ku : (Ibu..Ibu dapat dua cucu..Ini hanya ku beritahu dalam hati yang gembiranya aku dengan pemberian dariNya. Semoga ibu dapat melihat gembiranya hati anakmu ini. Alfatihah untuk mu Ibu. )

Student pracktikal
Isfa : wahhhh!! tahniah..best.. saya dapat rasa bahagia itu.
keyya : tahniah, patutlah lambat sekali gus dapat dua. jaga elok2 ya.

Kawan Hubby :
Ntah, sapa nta yang die bagitau.Tapi yang saya dengar hubby cakap mereka semua gembira. Ada yang cakap lepas ini rezeki dua kali gandalah. Amin. Ada plak yang cakap, bestnya, aku nak juga kembar. dan macam-macam lagi.

Aku telah melakukan sujud syukur atas rezeki yang ku terima ini dariNya. Insyallah aku tidak akan sia-siakna pemberian ini kepada aku. Aku akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak ini agar selamat dalam kandungan ini.

p/s : teringin nak bagitau semua orang yang bahgaianya aku dan gembiranya aku atas anak-anak ini. tapi apa pun boleh jadi ketika kandungan masih kecil. Bukan mahu menganggap akan terjad sesuatu. Tapi hanya berdoa agar semuanya selamat agar tidak kecewa di kemudian hari. Akan ku sampaikan berita gembira ini apabila usia mencecah 3 bulan, berakhirnya trimester 1.

1 comment:

  1. syoknyerrr dapat twin. boleh rehat lama sket la lepas ni. Tahniah yea mommy :-)

    ReplyDelete