Monday, 23 May 2011

simptom-simptom permulaan


Dulu waktu mula-mula tu sebelum preggy selalu cakap dalam hati dan fikir sorang2. .
"macamana eh morning sickness ni"
"nak preggy nnt, perut besar mana?"
"best jugak klu morning sickness, nnt boleh rehat"
"xsabanyer nak ada baby"
"sakit ke kalau nk bersalin nnt"
"apa yg kita akan mengidam eh"

dan bermacam-macam lagi. Tapi apabila sudah pregnant. Huh! Tidak semudah yang di sangka. Pelbagai cabaran yang dilalui terutamanya malas nk buat kerja.Hahahah.. Bukan sengaja tp badan sentiasa akan letih. Patutlah ada orang yg morning sickness teruk tu terus behenti keje sebab tak larat.

Apa yang aku alami awal kehamilan ini tak lah teruk sangat tapi still ada lah.

-cepat penat. Gosok baju berdiri, xsmpi abes satu baju kameja dah penat. Kena duduk sekejap rehat.
-cepat lapa. pagi wajib nasi goreng, tghari wajib nasi, ptg wajib mknn tp bukan nasi. dan setiap 1-2 jam mesti mkn biskut ke, coklat ke, buah ke.Huh! seimbang ke eh? Tapi pagi2 akan minum susu atau soya :)
-tak boleh duduk lama, nanti pening. Kena berjalan or bangun kejap.
-kalau kat umah mesti balik terus baring rehat.penat.pastu terlelap.bangun time maghrib. Perangai ini akan dikurangkan dari semasa ke semasa.
-muntah? belum lagi tp klu perut macam sebu akan keluar angin. pastu aku akan sendawa pastu tiba2 muntah. Haa, lega sikit perut.
-mkn byk tapi susah nak buang air besar..Kadang2 cirit kadang2 keras..yakkks!
-emosi rasa macam biasa je. cool..hahhahaha. tapi cepat terasa and sensitip.

Alhamdulilah, simptom di awal kehamilan yang aku lalui tidak lah seturuk yang aku sangka. harap badan ini kuat sehingga saat kelahiran baby. Amin

No comments:

Post a Comment