Sunday 21 August 2011

pening

hai..halooo..salam Ramadhan..
Macammana dengan puasa anda? penuh? Hope penuh lah tahun ni bagi yang sedang hamil ye.
Sebab nanti tahun depan tak perlu ganti lagi..horeeyyyyy!

wahh..seronok plak tak perlu ganti ya..Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, saya perlu ganti sebab tak penuh.. Blog ini pun baru hari ini rajin nak update. Sebabnya :

1. tak larat nak bangun sangat.
2. pagi bz g keje, balik terus tidoo penat
3. bangun terus siap2 tuk makanan berbuka(untuk hubby :)
4. muntah-muntah di awal kehamilam.

5. xlarat nak tegak sangat..baring je.. pegang laptop just buka email pastu tutup sbb nagntokkk

Biasalah kan, simptom2 ibu mengandung lagi2 kehamilan kembar. Tapi alhamdulilah saya tak teruk sangat seperti blog-blog lain yang saya baca. Sekarang dah 5 bulan , muntah dah xde. Cuma cepat penat dan mengah je selalu.

Hope baby2 kuat dalam kandungan selama 9 bulan.Amin






Thursday 16 June 2011

Check-up Gomen

Buat check-up di klinik kerajaan?
Emm, depends kepada seseorang itu.
Kalau nak terus bersalin di private so tak perlu buat check-up kerajaan pun boleh. tapi kalau ada masalah di kemudian hari tu problem juga. Mula-mula memang malas lah nak buat dua tiga tempat checkup. Nak g Private je terus senang. tapi appoinment last dengan docto private,
saya dan hubby pun tanya Doctor,perlu ke check up kerajaan.

Alasan doctor:

"Depends juga kepada seseorang. Private akan ambil kes jika bersalin 34 weeks ke atas. Kalau below 34 weeks kami akan transfer ke Hospital Kerajaan. so better you pergi check-up kerajaan. Kebiasaan twin akan lahir pra matang and below 34 weeks. Kalau you lebih 34 weeks kami akan ambil kes you ini. Takut kita tidak punya kecukupan jika berslin below 34 weeks below. "

Haaa, buat aku cuak lah pulak.
Hope baby ni boleh tahan sampai 9 bulan ye sayang.
Setelah di fikir-fikir selama beberapa minit, ambil keputusan esok pergi Klinik Kerajaan untuk check-up. Terpaksa lah menunggu dengan lama giliran.hahahahah..
Itu yang aku dengar lah orang pergi kerajaan ni memang kena tunggu lama sebab ramai orang.
Tapi tak apa, demi anak ini apa pun boleh.

Di Klinik Kerajaan macam biasa lah check darah, ambil air kencing, periksa breast, dengar taklimat nurse dan macam-macam lagi.
Alhamdulilah kes aku ok dan tiada sebarang masalah. next appoinment pada 7 Julai 2011.
Aku di suruh pergi Klinik Kerajaan yang baru buka di seksyen 19, Shah Alam.
Tak kisah lah mana-mana. Tapi 1 week before nurse nak scan baby aku ni.
Aku suka scan-scan ni, sbb boleh tengok baby ok ke tak?
Memang tiap-tiap hari risau kalau jadi apa-apa.
Aku hanya mampu berdoa dan menjaga pemakanan aku.

Hope aku kuat!
Ye Ummi kuat!

Tuesday 31 May 2011

Kesian dia...

Kesian siapa? Suami saya. Skang ni dah tak larat. Bukan morning sickness pun tapi badan letih sesangat dan nak kena baring je. Tak larat nak bangun dan berjalan lama2. Nak mandi lama-lama pun penat so mandi beberapa minit je. Tapi tetap bersih tau. Bukan mandi kartun :p Seminggu ni si suamilah yang basuh kain, rendam baju kameja die, jemur kain, kemas bilik, beli maknnan, amek air malam2bawa masuk bilik tidur, pendek kata semua die. hehehehe.. kesian kan die? Xpatut kan aku ni..tapi nak buat macamama tak larat, nasib die memahami. Tak pe, harap Trimester 1 ni je macamni, lepas ni aku doa aku kuat dan sihat buat aktiviti rumah.

Ada orang cakap, eh bukan ada aku baca dalam blog2 dan artikel ibu mengandung ni akan jadi pelupa dan sedikit pemalas. Betul ke? Pemalas tu aku rasa bukan sengaja tapi sebab tak larat kot sebab nanti letih. heheheh.

Apa pun thanks tu myhubby sebab memahami saya. Laf u 4 ever. Mmmuahhh!

Surah Bacaan ketika Mengandung

Semasa mengandung kita digalakkan membaca surah-surah Al-Quran agar dipermudahkan segala-galanya. Antara surah yang boleh dan biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah :


  • Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
  • Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Thursday 26 May 2011

Doa Ibu Hamil

Ya Allah jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada obat kecuali obatMu yang tidak akan membawa penyakit

Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu

Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat

Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim mau mengamalkan ilmunya.

Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sehat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur’an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW

Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.

Sumber : http://health.groups.yahoo.com/group/hypno-birthing/message/3855

Berita Gembira

Mendapat berita gembira seperti ini, pasti tidak saba untuk beritahu orang sekeliling. Aku pun macam itu juga. Tapi takut nak bagitau dulu sebab baby masih kecik. Tak nak excited sangat. Tapi yang pasti family aku, hubby dan student practical ku sudah tahu serta beberapa kawan hubby. Nak tau reaksi mereka.hahhahaa

Family Hubby :
Mak : yeke? bagus lah..tahniah..( pastu senyummmm)
Pekerja Mak : emm, xtau jugak sebab takut tu uri die ke, tu yang nampak ada dua ketul.
Abah : yeke? betul eh..yeke? (byk kali yeke nya..hahhaha)
Angah : tahniah..xpenah lagi keturunan ada twin ni..jaga elok2.
Along : wah, best2.. Rezeki ko dapat kembar.

Family Saya :
KakG : haaaaa (mata terbeliak) ko bia betul..bestnya..bagi aku satu.. betul ke ni? best nyer ko dik.. kalau pompuan aku nak satu..
KakU : (yg bgtau anak buah aku ayit) "Mama, dlm perut mommy ada kembar" ..Yelah tu, percaya sgt lah mommy tu. minta die bukti..(Aku pun cakap yelah, xbesar lagi xde bukti) haaaa, abes lah kena sediakan duit belanja byk2 confirm operate.. kalau gurl bg i satu.
Ayah : haaa, woow! dik yg dapat kembar..
Mak Tiri : wah, best lah, bagi makcik satu. nak jaga.. dik win satu, makcik satu..hahahhaa
Ibu ku : (Ibu..Ibu dapat dua cucu..Ini hanya ku beritahu dalam hati yang gembiranya aku dengan pemberian dariNya. Semoga ibu dapat melihat gembiranya hati anakmu ini. Alfatihah untuk mu Ibu. )

Student pracktikal
Isfa : wahhhh!! tahniah..best.. saya dapat rasa bahagia itu.
keyya : tahniah, patutlah lambat sekali gus dapat dua. jaga elok2 ya.

Kawan Hubby :
Ntah, sapa nta yang die bagitau.Tapi yang saya dengar hubby cakap mereka semua gembira. Ada yang cakap lepas ini rezeki dua kali gandalah. Amin. Ada plak yang cakap, bestnya, aku nak juga kembar. dan macam-macam lagi.

Aku telah melakukan sujud syukur atas rezeki yang ku terima ini dariNya. Insyallah aku tidak akan sia-siakna pemberian ini kepada aku. Aku akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak ini agar selamat dalam kandungan ini.

p/s : teringin nak bagitau semua orang yang bahgaianya aku dan gembiranya aku atas anak-anak ini. tapi apa pun boleh jadi ketika kandungan masih kecil. Bukan mahu menganggap akan terjad sesuatu. Tapi hanya berdoa agar semuanya selamat agar tidak kecewa di kemudian hari. Akan ku sampaikan berita gembira ini apabila usia mencecah 3 bulan, berakhirnya trimester 1.

Wednesday 25 May 2011

24 may 2011`~berita yang membahagiakan aku

Hari-hari temujanji doctor adalah hari yang aku tunggu setipa kali doctor set appoinment untuk aku. kalau dulu tarikh2 aku pergi melancong. Sekarang no more melancong.huhuhu..Sedeh. Tak pe, yang penting baby sihat. Hari ini hari untuk doctor check jantung baby. Memang setiap kali jumpa doctor akan scan. Bagus jugak, kita dapat tahu perkembangan baby dari semasa ke semasa.

Sepanjang atas katil doctor tu, aku cool je.Padahal cuak juga sebab takut apa-apa kat baby. Dan mata aku terbeliak serta merta apa bila doctor kata :

" I think you got twins lah" 


Aku belum rasa apa-apa lagi cuma mata je terbeliak. Sebab masih terkejut dan kurang percaya.Aku tanya lagi sekali.

Aku : Doctor betul ke ni?
Doctor : Betul lah, you see on this screen.
Aku : Dengan terkila-kial cari mana yg ada dua tu. Mana doctor?
Doctor : Ini yang ada dua ketulan putih ini, let see kita try tgk wave die. Haa, wave bergerak sah you dapat twin.
Aku : Chuk, nampak tak, betul lah kamu cakap . Aku bagitau suamiku. Die lagi excited, sbb die dh cakap 2 minggu lepas nampak ada dua.
Doctor : You ada keturunan ke.?
Aku : Ada, nenek belah ayah saya kembar.
Suamiku : Doctor, jus nak reconfirm semula. Doctor sure kembar?
Aku : hahhahha, punyer masih tidak percaya lagi tu. 
Doctor : Sure, cuba tengok semula screen ini semula. 2 last week doctor ada nampak ada suspect tapi tak bgai tau lagi sebab belum confirm. Now sudah confirm.You dapat twin

Huh! tau apa perasaan aku. Syukur teramat sangat, abhagia dan aku hampir meleleh air mata atas kurniaan rezeki Allah beri pada aku dan suami. Aku dapat dua baby sekali gus. Memang happy sangat2.

Orang yang pertama aku bagitau family aku dan belah suami aku. Baby2 masih kecil so tunggu dah selamat trimester 1 atau 2 baru lah sy bgtau kawan2 rapat. Excited. Saya perlu lebih berjaga2 dan banyak rehat.
Syukur sebab tidak alah atau mengalami morning sickness yang teruk.

Doakan saya agar dapat menjalani dan menjaga baby dengan baik sehingga kelahiran mereka ya~AMin