Wednesday 25 May 2011

Do dan Don't

lepas je doctor confirm aku pregnant, balik office macam-macam aku search.hahahhaa.. Memang hobby search2 ni, dari dulu time tunag dan kahwin memang boleh hafallah blog2 or web yang tentang perkahwinan. sekarang beralih ke blog or websit mommy to be. :)

First yang aku cari, pantanglarang ibu mengandung. maksudnya apa yang boleh buat, apa yang kena makan, apa yang tak boleh. Sebab akhir2 ni aku makan mengarut2 dan banyak. Takut jugak memudaratkan kesihatan aku dan baby. Ini apa yang aku tahu je lah, akan di update dari semasa ke semasa. Ini secara rambang yang biasa ibu mengandung wajib amalkan.

Perkara yang Boleh atau Do 

  • MAKAN BUAH KURMA
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

  • MAKANAN  YANG BERPROTEIN
  • MAKAN BANYAK SAYUR-SAYURAN SEGAR
  • BUAH-BUAHAN
  • MAKAN YANG KUANTITI SEDIKIT TETAPI KERAP
  • MAKANAN VITAMIN C
  • SUSU & KALSIUM
  • BIJI-BIJIAN & SNACK BERPROTEIN TINGGI
  • BANYAKKAN IBADAH DAN BERDOA
  • RAJIN-RAJIN BACA SURAH YUSOF & MARYAM.

Perkara yangTidak Boleh atau Don't
  •  MAKAN NENAS (alamk, ni lh yang aku suka.makan dgn kuah rojak)
  • BUAT KERJA BERAT
  • JGN AKTIF SANGAT
  • TIDAK BOLEH MAKAN DAGING MENTAH (SUSHI) KERANA MENGANDUNGO TOKSOPLASMOSIS, SEJENIS PARASIT YANG BOLEH MEMBERI KESAN BURUK PADA JANIN
  • JANGAN MAKAN DAGING AYAM DAN TELUR YANG KURANG MASAK ATAU MENTAH.
  • HINDARI MINUMAN KAFEIN SEPERTI TEH, KOPI KERANA AKAN MEMPENGARUHI BERAT BADAN RENDAH PADA BAYI, KEGUGURAN DAN MENGURANGI PENYERAPAN ZAT BESI.

Banyak lagi yang kena baca bagi ibu mengandung, maklumat di atas masih tidak mencukupi. Aku tak akan jemu-jemu untuk baca artikel, blog tentang ibu mengandung. Yelah, kita kena jaga sebaik mungkin kan rezeki yang Allah bagi. Insyallah aku akan jaga sebaik mungkin bersama suami.

    No comments:

    Post a Comment