Tuesday 31 May 2011

Kesian dia...

Kesian siapa? Suami saya. Skang ni dah tak larat. Bukan morning sickness pun tapi badan letih sesangat dan nak kena baring je. Tak larat nak bangun dan berjalan lama2. Nak mandi lama-lama pun penat so mandi beberapa minit je. Tapi tetap bersih tau. Bukan mandi kartun :p Seminggu ni si suamilah yang basuh kain, rendam baju kameja die, jemur kain, kemas bilik, beli maknnan, amek air malam2bawa masuk bilik tidur, pendek kata semua die. hehehehe.. kesian kan die? Xpatut kan aku ni..tapi nak buat macamama tak larat, nasib die memahami. Tak pe, harap Trimester 1 ni je macamni, lepas ni aku doa aku kuat dan sihat buat aktiviti rumah.

Ada orang cakap, eh bukan ada aku baca dalam blog2 dan artikel ibu mengandung ni akan jadi pelupa dan sedikit pemalas. Betul ke? Pemalas tu aku rasa bukan sengaja tapi sebab tak larat kot sebab nanti letih. heheheh.

Apa pun thanks tu myhubby sebab memahami saya. Laf u 4 ever. Mmmuahhh!

Surah Bacaan ketika Mengandung

Semasa mengandung kita digalakkan membaca surah-surah Al-Quran agar dipermudahkan segala-galanya. Antara surah yang boleh dan biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah :


  • Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
  • Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Thursday 26 May 2011

Doa Ibu Hamil

Ya Allah jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada obat kecuali obatMu yang tidak akan membawa penyakit

Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu

Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat

Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim mau mengamalkan ilmunya.

Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sehat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur’an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW

Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.

Sumber : http://health.groups.yahoo.com/group/hypno-birthing/message/3855

Berita Gembira

Mendapat berita gembira seperti ini, pasti tidak saba untuk beritahu orang sekeliling. Aku pun macam itu juga. Tapi takut nak bagitau dulu sebab baby masih kecik. Tak nak excited sangat. Tapi yang pasti family aku, hubby dan student practical ku sudah tahu serta beberapa kawan hubby. Nak tau reaksi mereka.hahhahaa

Family Hubby :
Mak : yeke? bagus lah..tahniah..( pastu senyummmm)
Pekerja Mak : emm, xtau jugak sebab takut tu uri die ke, tu yang nampak ada dua ketul.
Abah : yeke? betul eh..yeke? (byk kali yeke nya..hahhaha)
Angah : tahniah..xpenah lagi keturunan ada twin ni..jaga elok2.
Along : wah, best2.. Rezeki ko dapat kembar.

Family Saya :
KakG : haaaaa (mata terbeliak) ko bia betul..bestnya..bagi aku satu.. betul ke ni? best nyer ko dik.. kalau pompuan aku nak satu..
KakU : (yg bgtau anak buah aku ayit) "Mama, dlm perut mommy ada kembar" ..Yelah tu, percaya sgt lah mommy tu. minta die bukti..(Aku pun cakap yelah, xbesar lagi xde bukti) haaaa, abes lah kena sediakan duit belanja byk2 confirm operate.. kalau gurl bg i satu.
Ayah : haaa, woow! dik yg dapat kembar..
Mak Tiri : wah, best lah, bagi makcik satu. nak jaga.. dik win satu, makcik satu..hahahhaa
Ibu ku : (Ibu..Ibu dapat dua cucu..Ini hanya ku beritahu dalam hati yang gembiranya aku dengan pemberian dariNya. Semoga ibu dapat melihat gembiranya hati anakmu ini. Alfatihah untuk mu Ibu. )

Student pracktikal
Isfa : wahhhh!! tahniah..best.. saya dapat rasa bahagia itu.
keyya : tahniah, patutlah lambat sekali gus dapat dua. jaga elok2 ya.

Kawan Hubby :
Ntah, sapa nta yang die bagitau.Tapi yang saya dengar hubby cakap mereka semua gembira. Ada yang cakap lepas ini rezeki dua kali gandalah. Amin. Ada plak yang cakap, bestnya, aku nak juga kembar. dan macam-macam lagi.

Aku telah melakukan sujud syukur atas rezeki yang ku terima ini dariNya. Insyallah aku tidak akan sia-siakna pemberian ini kepada aku. Aku akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak ini agar selamat dalam kandungan ini.

p/s : teringin nak bagitau semua orang yang bahgaianya aku dan gembiranya aku atas anak-anak ini. tapi apa pun boleh jadi ketika kandungan masih kecil. Bukan mahu menganggap akan terjad sesuatu. Tapi hanya berdoa agar semuanya selamat agar tidak kecewa di kemudian hari. Akan ku sampaikan berita gembira ini apabila usia mencecah 3 bulan, berakhirnya trimester 1.

Wednesday 25 May 2011

24 may 2011`~berita yang membahagiakan aku

Hari-hari temujanji doctor adalah hari yang aku tunggu setipa kali doctor set appoinment untuk aku. kalau dulu tarikh2 aku pergi melancong. Sekarang no more melancong.huhuhu..Sedeh. Tak pe, yang penting baby sihat. Hari ini hari untuk doctor check jantung baby. Memang setiap kali jumpa doctor akan scan. Bagus jugak, kita dapat tahu perkembangan baby dari semasa ke semasa.

Sepanjang atas katil doctor tu, aku cool je.Padahal cuak juga sebab takut apa-apa kat baby. Dan mata aku terbeliak serta merta apa bila doctor kata :

" I think you got twins lah" 


Aku belum rasa apa-apa lagi cuma mata je terbeliak. Sebab masih terkejut dan kurang percaya.Aku tanya lagi sekali.

Aku : Doctor betul ke ni?
Doctor : Betul lah, you see on this screen.
Aku : Dengan terkila-kial cari mana yg ada dua tu. Mana doctor?
Doctor : Ini yang ada dua ketulan putih ini, let see kita try tgk wave die. Haa, wave bergerak sah you dapat twin.
Aku : Chuk, nampak tak, betul lah kamu cakap . Aku bagitau suamiku. Die lagi excited, sbb die dh cakap 2 minggu lepas nampak ada dua.
Doctor : You ada keturunan ke.?
Aku : Ada, nenek belah ayah saya kembar.
Suamiku : Doctor, jus nak reconfirm semula. Doctor sure kembar?
Aku : hahhahha, punyer masih tidak percaya lagi tu. 
Doctor : Sure, cuba tengok semula screen ini semula. 2 last week doctor ada nampak ada suspect tapi tak bgai tau lagi sebab belum confirm. Now sudah confirm.You dapat twin

Huh! tau apa perasaan aku. Syukur teramat sangat, abhagia dan aku hampir meleleh air mata atas kurniaan rezeki Allah beri pada aku dan suami. Aku dapat dua baby sekali gus. Memang happy sangat2.

Orang yang pertama aku bagitau family aku dan belah suami aku. Baby2 masih kecil so tunggu dah selamat trimester 1 atau 2 baru lah sy bgtau kawan2 rapat. Excited. Saya perlu lebih berjaga2 dan banyak rehat.
Syukur sebab tidak alah atau mengalami morning sickness yang teruk.

Doakan saya agar dapat menjalani dan menjaga baby dengan baik sehingga kelahiran mereka ya~AMin

Do dan Don't

lepas je doctor confirm aku pregnant, balik office macam-macam aku search.hahahhaa.. Memang hobby search2 ni, dari dulu time tunag dan kahwin memang boleh hafallah blog2 or web yang tentang perkahwinan. sekarang beralih ke blog or websit mommy to be. :)

First yang aku cari, pantanglarang ibu mengandung. maksudnya apa yang boleh buat, apa yang kena makan, apa yang tak boleh. Sebab akhir2 ni aku makan mengarut2 dan banyak. Takut jugak memudaratkan kesihatan aku dan baby. Ini apa yang aku tahu je lah, akan di update dari semasa ke semasa. Ini secara rambang yang biasa ibu mengandung wajib amalkan.

Perkara yang Boleh atau Do 

  • MAKAN BUAH KURMA
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

  • MAKANAN  YANG BERPROTEIN
  • MAKAN BANYAK SAYUR-SAYURAN SEGAR
  • BUAH-BUAHAN
  • MAKAN YANG KUANTITI SEDIKIT TETAPI KERAP
  • MAKANAN VITAMIN C
  • SUSU & KALSIUM
  • BIJI-BIJIAN & SNACK BERPROTEIN TINGGI
  • BANYAKKAN IBADAH DAN BERDOA
  • RAJIN-RAJIN BACA SURAH YUSOF & MARYAM.

Perkara yangTidak Boleh atau Don't
  •  MAKAN NENAS (alamk, ni lh yang aku suka.makan dgn kuah rojak)
  • BUAT KERJA BERAT
  • JGN AKTIF SANGAT
  • TIDAK BOLEH MAKAN DAGING MENTAH (SUSHI) KERANA MENGANDUNGO TOKSOPLASMOSIS, SEJENIS PARASIT YANG BOLEH MEMBERI KESAN BURUK PADA JANIN
  • JANGAN MAKAN DAGING AYAM DAN TELUR YANG KURANG MASAK ATAU MENTAH.
  • HINDARI MINUMAN KAFEIN SEPERTI TEH, KOPI KERANA AKAN MEMPENGARUHI BERAT BADAN RENDAH PADA BAYI, KEGUGURAN DAN MENGURANGI PENYERAPAN ZAT BESI.

Banyak lagi yang kena baca bagi ibu mengandung, maklumat di atas masih tidak mencukupi. Aku tak akan jemu-jemu untuk baca artikel, blog tentang ibu mengandung. Yelah, kita kena jaga sebaik mungkin kan rezeki yang Allah bagi. Insyallah aku akan jaga sebaik mungkin bersama suami.

    Monday 23 May 2011

    simptom-simptom permulaan


    Dulu waktu mula-mula tu sebelum preggy selalu cakap dalam hati dan fikir sorang2. .
    "macamana eh morning sickness ni"
    "nak preggy nnt, perut besar mana?"
    "best jugak klu morning sickness, nnt boleh rehat"
    "xsabanyer nak ada baby"
    "sakit ke kalau nk bersalin nnt"
    "apa yg kita akan mengidam eh"

    dan bermacam-macam lagi. Tapi apabila sudah pregnant. Huh! Tidak semudah yang di sangka. Pelbagai cabaran yang dilalui terutamanya malas nk buat kerja.Hahahah.. Bukan sengaja tp badan sentiasa akan letih. Patutlah ada orang yg morning sickness teruk tu terus behenti keje sebab tak larat.

    Apa yang aku alami awal kehamilan ini tak lah teruk sangat tapi still ada lah.

    -cepat penat. Gosok baju berdiri, xsmpi abes satu baju kameja dah penat. Kena duduk sekejap rehat.
    -cepat lapa. pagi wajib nasi goreng, tghari wajib nasi, ptg wajib mknn tp bukan nasi. dan setiap 1-2 jam mesti mkn biskut ke, coklat ke, buah ke.Huh! seimbang ke eh? Tapi pagi2 akan minum susu atau soya :)
    -tak boleh duduk lama, nanti pening. Kena berjalan or bangun kejap.
    -kalau kat umah mesti balik terus baring rehat.penat.pastu terlelap.bangun time maghrib. Perangai ini akan dikurangkan dari semasa ke semasa.
    -muntah? belum lagi tp klu perut macam sebu akan keluar angin. pastu aku akan sendawa pastu tiba2 muntah. Haa, lega sikit perut.
    -mkn byk tapi susah nak buang air besar..Kadang2 cirit kadang2 keras..yakkks!
    -emosi rasa macam biasa je. cool..hahhahaha. tapi cepat terasa and sensitip.

    Alhamdulilah, simptom di awal kehamilan yang aku lalui tidak lah seturuk yang aku sangka. harap badan ini kuat sehingga saat kelahiran baby. Amin

    Sunday 22 May 2011

    10 May 2011

    Setelah seminggu menunggu dengan penuh tanda tanya dan berjaga-jaga juga akhirnya tiba 10 May 2011. Ada apa dengan tarikh ini? Temujanji kedua aku dengan doctor untuk pastikan kandungan aku jelas kelihatan. Pagi sebelum aku pergi jumpa docto dengan hubby, macam biasa, aku suka check guna pregnancy test. Hubby gelak je. Bukan apa, nak pastikan  betul aku pregnant walaupun dah ambil last week. kali ini aku guna yang mahal punya dan 99% result adalah betul. Yang sebelum ini pun 99% tp yang murah punya test. Alat yang aku guna ini jenama CLEARBLUE DIGITAL. Digital? ya, keputusan tak de dah dua line or satu line. kali ini die tulis pregnant atau tidak. kalau pregnant siap tulis berapa minggu lagi.  Gambar pregnant test seperti di bawah ye.

    Gambar hisan hasil carian di Google. Ynag sendiri punya ada ambil tp malas nak transfer dari kamera.hehehhe.

    Haaa. Macam best kan? Pagi-pagi aku bangun kul 6.30am sebelum solat tu aku ambil test ini dulu. memang berdebar gila hati ni, setelah tunggu 1-2 minit, Nahhh resultnya membuat aku tersenyum simpul sorang-sorang dalam bilik air :). keputusan yang keluar "Pregnant 3 weeks ++" Alhamdulilah. Hubby bangun tidur dan terus tanya "dah check ke" .Dengan senyuman yang lebar " dah" " 3 weeks ++".

    Dah siap untuk ke pejabat pagi ini dengan senyap seribu bahasa dalam kereta bersama hubby. hehehhe.. Sebab? Dua-dua tengah fikir apa keputusan doctor nanti. kami pergi ke pejabat dahulu sebelum ke klinik jam 10pagi.

    10.00pagi. Yes! Jom pergi klinik. Sampai di klinik kena tunggu turn yang sangat lama. Bila dah tunggu lama macam biasa lah dalam kepala ni fikir macam-macam.Huhuhu.. Ok, my turn!

    Kali ini hubby masuk nak tengok and dengar apa doctor cakap. Doctor suruh baring atas katil. alat scan mula berjalan-jalan atas perutku. Sejukkkkkkkkkkk.. Akhirnya doctor cakap "ha, dh nampak ketulan dalam rahim. Ok, anda mengandung dan di dalam rahim "

    Fuhh! Lega dan bersyukur amat sangat. Doctor cakap nampak x ni? Aku cakap nampak. Hubby pun cakap nampak. Alhamdulilahhhh.. Lepas tu doctor suruh datang lagi 2 minggu untuk perkembangan janin.

    Kami keluar bilik doctor dan macam2 aku bincang dengan hubby. Dan hubby cakap " eh, td nampak mcm ada dua lah. Kembar kot" hahhaha, aku cakap docto xcakap apa-apa pun..

    Dalam kereta, aku sibuk message semua orang tentang kemunculan orang baru pada Jan 2012. Expected due aku pada 5 Jan 2012. Temujanji kedua aku pada 24 may 2012.

    Friday 20 May 2011

    Detik yang mencuakkan :(


    Akhirnya, jumpa doctor. Yeah1 tak saba nak tunggu apa doctor cakap. Sejak sebelum kahwin lagi memang kami suami isteri dah discuss nak pergi Klinik Pakar Wanita Sheela di Klang. Kenapa? Sebab semua doctor wanita. Ya, saya mahu doktor wanita. Lagipun klinik ini kakak2 my husband semua bersalin di sini. Semua nya ok dan berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.

    Jam 10.30am, 3 May 2011.
    Kami memandu ke klinik dengan macam2 kami fikir. Betul ke? Kalau x macammana? Tak apa lah kan, belum ada rezeki, mungkin alat tu salah . Ini kita just nak confirmkan saja.

    Nombor 006 angka giliran saya. Ting! huh! Nombor saya itu. Berjalan dengan penuh debaran. Suami hanya mahu tunggu di luar kerana kami sangkakan tidak boleh masuk tapi tak apa lah.

    Soalan Docto :
    1. Bila kahwin?
    2. Ada penyakit apa-apa tak?
    3. Family ada penyakit?
    4. Bila last period?
    5. Berapa lama sudah tidak datang period?

    Jawapan semua soalan yang di ajukan, saya jawab dengan suara yang mengeletar.
    lepas itu, saya di arahkan untuk baring atas katil pemeriksa. Dalam hati berkata " Bkn ke amek air kencing atau amek darah. Emm, scan kot.Ok xpe "

    Nurse memberi arahan " sila cabut tali bra dan longgarkan seluar ya. " saya bertindak mengikut arahan.hehehe (dlm hati, takotttnyaaaa). Doctor datang dengan senyuman yang membuat hatiku sedikit sejuk. Peralatan scan semua sudah ready. Sejuknya perut bila doctor letak alat scan tu.. best plak. Sambil mata ku memandang skrin komputer yang menunjukkan segalan kandungan dalam perutku. Huh1 mana satu kantung babyku.

    Doctor pun cakap " Tak nampak lagi lah, ni rahim tapi tiada apa-apa. Kalau Docto scan ikut bawah boleh. Kalau nak, docto terus process"

    Aku terpinga-pinga, ha, scan ikut bawah? Macamnana tu eh. Tengok docto amek peralatan dan letakkan sejenis sarung dannnn... Haaaaa? Aku pun tanya doctor sakit tak. Docto cakap tak sakit. Docto pun teruskan kerjanya. memang xsakit pun. Sekali lagi mata ku memandang skrin komputer. huhuhuh.. xde apa-apa pun. Docto cakap " Tak nampak lagi lah, saya takut kandungan luar rahim je. Xpe, nanti awak dtg lagi next week, kita check lagi ye"

    Doctor itu buat saya tak senang duduk, otak ni asik berfikir saya 24 jam selama seminggu. Suami saya pun cakap, ha, tu lah baik tunggu next week degil. Tapi tidak apa. insyallah ada rezeki adalah. Dun worry.. (Nasib tahu nak sedapkan hati aku ni )

    Balik dari klinik memang aku seearch semua tentang masalah kandungan, masalah scan, masalah kandungan luar rahim. hati makin tak tentu arah. Belajar buat tak tahu tapi still tak boleh. Mesti akan fikir juga. Lambatnya seminggu lagi.

    Sepanjang seminggu ini, memang saya tak dapat apa-apa alahan. Cumaaaaaaaa.. lapa 24 jam..hahhahahahahha.. makan..makannn.makannnnnnnn.. Berat pun dah 55kg :(

    Positive Result!



    positive! positive! positive! Ini adalah berita yang menggembirakan bukan bagi setiap bakal ibu? Begitu juga saya. Sebelum keputusan keluar dari alat uji kehamilan pastinya perasaaan kita akan bercampur-campur. Takut, gembira, risau, kecewa dan macam-macam lagi. Huh! mendebarkan. Tetapi apabila keputusannya negative, jangan lah anda berputus asa. Mungkin belum rezeki anda dan ada sebabnya anda belum dapat dariNya. Berusaha, berdoa dan bertawakal pasti hasilnya baik.

    Yes! dua jalur jelas kelihatan di alat uji kehamilan saya. Tapi kabur-kabur. Langkag pertama apa akan anda lakukan? Saya telah kejutkan suami saya yang tengah nyenyak tidur.hahhahaha. Padan muka dia! Kita tengah happy dan risau die tidur lena. :) Lepas saya tunjuk alat iru, jawapan dia adalah " Ntah, tak berani nak cakap.Tunggu lagi 2-3 hari kot" Huh! sangat mengecewakan saya tapi lelaki kan memang macam itu.

    Bebelan dari seorang isteri pun bermula.kahkahkahkah. Padan muka lagi! Nak tau apa saya cakap?

    "1. Mana boleh ntah, dah ada dua jalur.Jomlah jumpa Doctor. 2. Saya baca dlm blog2 dan internet tu semua lepas tau positive je jumpa doctor. 3. Kalau lambat kesan takut apa2 terjadi kat janin. 4. Macam2 tau kes sekarang. Alah, jumlah jumpa doctor. Check je. Tengah teruja ni.huhuh "

    Jawapan si suami..hahahha..Rasa nk cubit2 je.

    " Alah, nnt jumpa2 docto kecewa. Baik kita g jumpa doctor lagi seminggu lepas tu keputusan dah confirm ada. Ha, kan gembira nanti.Sebelum2 ni pun camtu"

    Itu lah suami saya. Saya fikir semula pun betul juga. Sebab baru 4 minggu kot. Lagipun dah 6 bulan kami menunggu dan berharap tapi belum ada rezeki. Tapi saya positive thinking, tak apa. Kalau salah pun masih ada masa untuk mencuba. Rezeki itu ada di mana-mana cuma lambat dan cepat saja.

    Jumpa atau tidak? huhuhuh.. Nak jumpa jugak. Hati tak saba nak dapat berita gembira. Bagitau semua orang.

    assalamualaikum! Hai! hello!

    Anda bakal Ibu? Hello world khas di tujukan untuk baby2 dalam perut ibu mengandung selepas selamat di lahirkan di dunia. Excited bukan? jadi blog ini tujuan adalah untuk mencatat segala kejadian-kejadian pelik, manis, pahit, gembira sepanjang saya bergelar ibu mengandung. Sama ada yang anak pertama , kedua atau keberapa sahaja. Sekarang ini baru anak yang pertama. Im so excited! happy! sad pun ada sebab takut tidak pandai menjaga diri yang sedang berbadan dua ini. Setelah menunggu begitu lama, tapi sekejap saja rasanya kalau di bandingkan dengan pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi belum ada rezeki untuk mendapat baby. Syukur alhamdulilah! setelah 6 bulan berkahwin, saya telah di beri rezeki olehNya. Baby, ummi akan jaga mu sebaik mungkin.Insyallah. Untuk ayahnya belum decide lagi nak panggil apa.hahhaha.. Aku saja excited nak suruh baby panggil ummi :) Bila bdak-budak panggil baby rasa macam sweet je. Macam anak soleh dan solehah. Amin!