Thursday 16 June 2011

Check-up Gomen

Buat check-up di klinik kerajaan?
Emm, depends kepada seseorang itu.
Kalau nak terus bersalin di private so tak perlu buat check-up kerajaan pun boleh. tapi kalau ada masalah di kemudian hari tu problem juga. Mula-mula memang malas lah nak buat dua tiga tempat checkup. Nak g Private je terus senang. tapi appoinment last dengan docto private,
saya dan hubby pun tanya Doctor,perlu ke check up kerajaan.

Alasan doctor:

"Depends juga kepada seseorang. Private akan ambil kes jika bersalin 34 weeks ke atas. Kalau below 34 weeks kami akan transfer ke Hospital Kerajaan. so better you pergi check-up kerajaan. Kebiasaan twin akan lahir pra matang and below 34 weeks. Kalau you lebih 34 weeks kami akan ambil kes you ini. Takut kita tidak punya kecukupan jika berslin below 34 weeks below. "

Haaa, buat aku cuak lah pulak.
Hope baby ni boleh tahan sampai 9 bulan ye sayang.
Setelah di fikir-fikir selama beberapa minit, ambil keputusan esok pergi Klinik Kerajaan untuk check-up. Terpaksa lah menunggu dengan lama giliran.hahahahah..
Itu yang aku dengar lah orang pergi kerajaan ni memang kena tunggu lama sebab ramai orang.
Tapi tak apa, demi anak ini apa pun boleh.

Di Klinik Kerajaan macam biasa lah check darah, ambil air kencing, periksa breast, dengar taklimat nurse dan macam-macam lagi.
Alhamdulilah kes aku ok dan tiada sebarang masalah. next appoinment pada 7 Julai 2011.
Aku di suruh pergi Klinik Kerajaan yang baru buka di seksyen 19, Shah Alam.
Tak kisah lah mana-mana. Tapi 1 week before nurse nak scan baby aku ni.
Aku suka scan-scan ni, sbb boleh tengok baby ok ke tak?
Memang tiap-tiap hari risau kalau jadi apa-apa.
Aku hanya mampu berdoa dan menjaga pemakanan aku.

Hope aku kuat!
Ye Ummi kuat!

No comments:

Post a Comment